Ads

Wednesday, August 12, 2009

Nama-nama kucing-kucing aku...




Assalamualaikum and Hello!

As a cat lover, i dah bela banyak kucing sama ada yang masih hidup atau yang telah mati . And every cat have their own name dengan kisah hidup mereka. so today i nak share nama-nama kucing yang telah aku pelihara dan sayangi..

1.Babu - betina...kucing pertama yang aku pelihara. tahun 1989.Hilang tanpa dikesan.
2.Wek - betina...kucing kedua yang telah melahirkan keturunannya hingga sekarang. Wek ni aku pelihara tahun 1990 atau 1991. Dia ikut aku balik dari sekolah. Ekor putus 1/4 sebab tersepit pada pintu.Mati pada 1998.
3.Hitam-betina..Kucing yang paling aku dan mak aku sayang sampai sekarang. Bila aku teringat tentang Hitam ni terasa air mata nak keluar tanpa paksaan. Aku sayang sangat kepada Hitam tapi hayatnya tak lama.Hitam ni lahir pagi keputusan SPM 1998 nak diumumkan. Ibunya Wek beranak bawah katil aku,so malam tu aku menyaksikan kelahirannya dengan 3 ekor adik beradiknya. Hitam ni banyak kisahnya. Pada umur dia dalam sebulan,aku tengah bakar sampah kat belakang umah. Hitam pergi kat aku tapi aku x sedar. tiba-tiba aku tengok dia termasuk ke dalam longgokan sampah yang aku tengah bakar. Aku apa lagi terus sambar Hitam yang mengelupur. Habis perut dengan badanya melecur. Aku isi ubat,balutkan luka melecurnya sampai la baik. Memang manja giler dengan aku, tidor sekali,main sekali,makan sekali. Hitam ni agak aktif dan cergas. Kemudian tak lama kemudian,hitam ni main kat dalam tandas dengan adik beradiknya terus jatuh ke dalam mangkuk tandas. Nyaris lemas si Hitam ni. Nasib baik mak aku terdengar bunyi dia mintak tolong. Mak aku ambil dan terus mandikan. Tak lama kemudian,Hitam kena langgar dengan motor kat depan rumah, ada la 3 hari x makan. Aku ingat x lama dah umurnya,tapi pastu sihat. Bila umur dia dalam 2 tahun, ada peristiwa malang terjadi. Waktu tu kami sekeluarga pergi ke bandar adala dalam seharian. Balik dari bandar aku terperanjat sangat bila melihat kakinya putus sebelah dengan masih berjuntai kulitnya. Menangis aku sedih sangat melihat keadaan dia. Aku x bawak dia pergi doktor sebab umah aku jauh dari bandar. so aku ambil gunting dan kerat kakinya yang putus. Walaupun kucing kesayangan aku kini cacat tapi aku tetap sayangkannya hinggalah pada bulan puasa tahun 2004 Hitam hilang selera makan,puas aku cuba paksanya makan tapi dia xnak jugak. tak lama kemudian Hitam pergi meninggalkan aku selamanya.Kenangan tentang perangainya yang suka mengigit manja kaki aku bila inginkan perhatian masih segar dalam ingatan...Melahirkan 2 ekor jantan. Lolot dan Mecak.
4.Kuning-Adik beradik hitam. Melahirkan putih. Mati tahun 2000.Gambar tiada.
5.Putih-Anak kepada Kuning. Lahir 2000. Masih hidup dan melahirkan Kakak,Comel,Combi,Comot.Umur 9 tahun.
6.Lolot-Jantan.Anak kepada Hitam.Lahir 2003. Hilang tanpa dikesan.
7.Mecak-Jantan.Anak kepada Hitam.Lahir 2003.Masih hidup.Umur 6 tahun.
8.Kakak-Betina.Anak kepada putih.Lahir 2006.Hilang tanpa dikesan tahun 2007 di Kuantan.
9.Comel-Betina.Anak kepada Putih.Kucing kesayangan aku sekarang.Lahir 2007.Masih hidup.Amat nakal,Aktif dan manja.Suka melompat di atas belakang orang.
10.Combi-Betina.Anak kepada Putih.Paling garang,x suka dimanja.Lahir 2007.Masih hidup.
11.Comot-Betina.Anak kepada Putih.Masa kecil comot,besar pun comot.Lahir 2007.Masih hidup.
12.Musang- Kucing aku ambil di kedai.Tarikh lahir tidak diketahui.Mempunyai corak bulu seperti musang.Hilang tanpa dikesan tahun 2007 di Kuantan seminggu sebelum kehilangan kakak.
13.Cumi-Kucing ambil di kedai.Tarikh lahir tidak diketahui.Ibu kepada Oyen,Tompok,Citam.Masih hidup,kini tinggal di rumah kawan di Kuantan.
14.Oyen- Jantan.Anak kepada Cumi- Lahir 2009
15.Tompok-Jantan.Anak kepada Cumi -Lahir 2009
16.Citam-Jantan.Anak kepada Cumi -Lahir 2009
17.Poreng- Betina.Lahir 2009.Ambil di Sekolah.
18.Koreng- Betina.Lahir 2009.Ambil di Sekolah.


1 comment:

  1. sy pon peminat kucing jgk...
    sy ska sngt kucing...
    bla bca psal kucing hitam awk tue,sedih nyer...
    kcian dia..sy pon da pengalaman mcm awak jgk..
    bla dh syg kucing nie,sume kta snggup korban kan tuk dia...

    sy ada ckit petua utk awak..
    klu kucing awak kelihatan kurus dan nmpk dia kurang mkn or kdng2 ada jgk kucing yg terkena racun...petua sy awak bg dia minum air kelapa..
    xkesah tua or muda...kucing xkn minum sendri tp kita msti pksa dia utk kesihatan dia...
    bg minum seminggu sekali lg bgos...msti sihat tanpa penyakit kucing tue..selamt mencuba yer...

    ReplyDelete